ul#menu { margin:0; padding:0; list-style-type:none; width:auto; position:relative; display:block; height:30px; font-size:12px; font-weight:bold; background:transparent url(http://i48.tinypic.com/2zgf4mo.jpg) repeat-x top left; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; border-bottom:1px solid #000000; border-top:1px solid #000000; } ul#menu li { display:block; float:left; margin:0; padding:0; } ul#menu li a { display:block; float:left; color:#999999; text-decoration:none; font-weight:bold; padding:8px 20px 0 20px; } ul#menu li a:hover { color:#FFFFFF; height:22px; background:transparent url(http://i48.tinypic.com/2zgf4mo.jpg) 0px -30px no-repeat; } ul#menu li a.current { display:inline; height:22px; background:transparent url(http://i48.tinypic.com/2zgf4mo.jpg) 0px -30px no-repeat; float:left; margin:0; }

Sunday 8 August 2010

KUMPULAN KHUTBAH JUMAT-IDUL FITRI - IDUL ADHA | PUASA-PUASA SUNAT

KEUTAMAAN PUASA SUNAT

Puasa-puasa sunat itu sangat besar fadilatnya asalkan ia dilakukan dengan penuh kerelaan dan keikhlasan serta terlepas dari sebarang riya' dan takabbur.

Abu Sa'id al-Khudri R.A. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya:
"Barangsiapa berpuasa sehari dijalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka selama tujuh puluh tahun."

Sahal bin Sa'ad R.A. berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya:
"Bahawasanya didalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ar-Rayyan, dimana pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa memasuki syurga melalui pintu itu. Selain mereka tidak ada seorangpun yang dapat memasukinya. Pada hari itu ada panggilan: Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Lantas mereka berdiri (dan memasuki syurga melalui pintu itu). Orang lain tidak dapat memasuki syurga melalui pintu itu walaupun seorang. Apabila mereka melaluinya lalu pintu ar-Rayyan itu ditutup, maka tiada seorangpun yang dapat masuk melaluinya.

Hadith-hadith ini hanyalah sebahagian kecil dari hadith sahih yang menyatakan keutamaan puasa sunat, namun demikian ia kurang banyak dilakukan orang berbanding dengan puasa Ramadhan. Mungkin kerana puasa Ramadhan itu adalah salah satu rukun Islam dan dilakukan serentak dan mungkin pula kerana ia telah menjadi tradisi yang memandang sangat aib orang yang tidak berpuasa bulan Ramadhan.

JENIS-JENIS PUASA SUNAT

Serupa dengan ibadat-ibadat yang lain, maka ibadat puasa sunat ini mestilah berdasarkan sunnah Rasulullah S.A.W., baik mengenai jenis-jenisnya, masa perlaksanaannya dan kaifiat mengerjakannya. Ia tidak boleh dilakukan berdasarkan hawa nafsu. Puasa yang dilakukan diluar ketentuan syariat tidak akan diterima oleh Allah kerana ia termasuk dalam amalan bid'ah yang tercela.

Puasa-puasa sunat yang disyariatkan ialah:

1.. Puasa Enam Hari Bulan Syawal.
.....

1.. Puasa Hari-Hari Putih
.....

1.. Puasa Hari Isnin Dan Khamis
.....

1.. Puasa Bulan Muharram
Puasa pada bulan Muharram sangat besar fadilatnya. Banyak hadith sahih yang menyatakannya. Abu Hurairah R.A. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya:
"Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang diharamkan (Muharram) dan solat yang paling utama selepas solat fardu ialah solat malam."

1.. Puasa Hari 'Asyura
Puasa bulan Muharram yang lebih utama lagi ialah puasa khas pada 10hb. Muharram, iaitu hari 'Asyura. Banyak hadith-hadith sahih yang bersangkutan dengannya.

Di antaranya ialah:

a. Ibnu Abbas R.A. meriwayatkan, katanya:

Maksudnya:
"Aku tidak melihat Rasulullah S.A.W. mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari yang lain kecuali hari ini, iaitu hari 'Asyura dan bulan ini, yakni bulan Ramadhan."

b. Abu Qaradah meriwayatkan, katanya:

Maksudnya:
"Bahawasanya Rasulullah S.A.W. ditanya mengenai puasa 'Asyura, beliau menjawab: Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lalu.
1.. Puasa Hari 'Arafah (Wukuf)
.....

1.. Puasa Bulan Sya'ban
.....

1.. Puasa Sehari Dan Berbuka Sehari
.....





No comments:

Post a Comment